SINERGI IDEA & VISI
Kami merupakan pengeluar beberapa produk kecantikan dan kesihatan yang kini telah mencecah lebih 10 tahun. Kami lebih memfokuskan pemasaran dan jualan secara online di pelbagai platform. Kami juga menawarkan khidmat konsultansi OEM dan peasaran digital.
Semenjak 2014
Senawang, N. Sembilan
+60107900973
Kami merupakan pengeluar beberapa produk kecantikan dan kesihatan yang kita telah mencecah lebih 10 tahun. Sepanjang tempoh itu, kami telah mengeluarkan berpuluh-puluh jenis produk dan produk ternama kami IV Mist* (kini VIEMIS) telah terjual lebih dari 2 juta unit dan telah membantu ramai orang mengatasi masalah resdung mereka. Kami juga terus mengeluarkan beberapa produk lain dengan pelbagai variasi lagi sepanjang tempoh itu.
Kami memasarkan hampir keseluruhan produk kami semenjak bertahun dulu 90% menggunakan media social. Samada di Whatsapp, Facebook, Instagram dan juga Tiktok. Ini termasuklah dari copywriting, creative, grafik hinggalah kepada menjalankan iklan di platform-platform tersebut.
Sesuai dengan peredaran masa, selain grafik kami juga turut menggunakan medium video dan audio. Dari merakan video, editing sehinggalah ke urusan pengiklanan. Kami juga memanfaatkan teknologi AI dan sebarang teknologi terkini namun kami gabungkan dengan elemen manusiawi.
Web dan juga e-dagang adalah merupakan elemen yang tak boleh ditinggalkan ditambah juga ada pelanggan lebih suka membayar terus melalui online payment. Selain itu laman web tetap kekal sebagai satu entiti penting dalam penjenamaan produk atau 'branding'.
IV Synergy Sdn. Bhd. Menjadi satu perusahaan yang memberikan khidmat servis dan produk yang inovatif dan berkualiti tinggi serta berdaya saing.
PRODUK KAMI
Kami mempunyai senarai produk yang panjang. Di sini kami cuma senaraikan beberapa produk terpilih kami. Ada produk yang masih dijual dan ada jua yang sudah tidak aktif lagi.
Banyak produk kami dibangunkan dari bawah. Dari research bersama makmal-makmal yang bekerjasama dengan kami. Dicuba uji dan di hantar untuk di nilai tahap keselamatan ke makmal pengesahan yang sesuai dengan standard keselamatan KKM dan regulasi negara.